SOALAN 8
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dua minggu sebelum peristiwa itu meletus, Hisyam telah menyerbu datang ke rumahnya dan menumbuk seorang anak lelaki Inggeris berumur tujuh tahun kerana memegang tangannya. Hisyam berlagak sebagai seorang hero yang mahu melindungi heroinnya daripada dicerobohi lelaki lain. Anak lelaki Inggeris itu jatuh terlentang ke tanah. Hisyam lalu menarik tangannya ke belakang. Agak heboh juga keluarganya dan keluarga anak lelaki Inggeris itu sejurus. Dia sedikit pun tidak marahkan Hisyam menumbuk kawannya itu, malah terasa bangga kerana mengetahui Hisyam mempedulikannya. Anak lelaki Inggeris itu ialah kawannya waktu bapanya menjadi diplomat di London dahulu. Dia datang ke mari kerana bapanya pula menjadi diplomat di sini. Di London dahulu mereka tinggal bersebelahan rumah dan selalu bermain bersama-sama. Apabila bapanya sampai di Kuala lumpur mereka lalu menghubungi keluarganya. Hisyam tidak tahu.
Dia seronok melihat Hisyam berlagak sebagai seorang lelaki tulen. Itulah Hisyam, anak minang yang sejak kecil bercita-cita mahu menjadi askar andai kata cita-citanya mahu menjadi peguam tidak berjaya.
(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 161)
i. Apakah jasa Hisyam terhadap Mellisa menyebabkan gadis itu menganggapnya sebagai seorang hero? 2m
ii. Mellisa teringatkan jasa Hisyam terhadapnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya agar rakan kita sentiasa mengingati kita walaupun sudah lama tidak berjumpa? 3m
iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen. 3m
SKEMA
i. …dia menyerbu masuk ke rumah Mellisa dan menumbuk anak lelaki Inggeris yang berusia tujuh tahun kerana memegang tangan Mellisa…apabila kanak-kanak itu jatuh terlentang ke tanah, Hisyam segera menarik tangan Mellisa ke belakangnya.
ii. …kita perlu sentiasa bersikap jujur, baik dalam kata-kata, mahupun tindakan…kita perlu berani berterus-terang, sama ada sikap rakan kita itu baik atau sebaliknya agar kelakuan yang buruk dapat diperbetulkan…kita jangan sesekali mementingkan diri sendiri, sebaliknya mementingkan kebajikan rakan lebih utama berbanding keperluan diri sendiri…tutur kata hendaklah dijaga,jangan bercakap besar, menjerit atau suka menghina.
iii. dalam petikan: masyarakat yang prihatin. Cth: Hisyam melindungi Mellisa daripada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cuba memegang tangannya.
dalam cerpen: masyarakat majmuk yang terpisah oleh faktor geografi. Cth: orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan orang India di ladang…masyarakat yang kejam. Cth: Rusuhan 13 Mei, masyarakat sanggup membunuh kaum lain untuk membalas dendam.
Friday, November 12, 2010
Cerpen: Mellisa-Soalan 8
Posted by eranis at 9:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment