BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 4, 2010

Cerpen Pemain Catur - soalan 12

SOALAN 12

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Um yang sudah dirasuk semangat kegemilangan bangun. Disaksikan mata kasih ibu, Um menggenggam erat tangan Uj sebagai ikrar taat setia untuk berjuang bersama menjulang nama al-Hakam yang pernah menjadi juara terbaik dunia sebelum kurun ke-17, biarpun tiada siapa mengenali nama tersebut sebelum ini. Uj menarik tangan Um lalu mendakap Um dengan erat sekali.

Sebelum melatih Um bermain catur, Uj menguji sejauh mana pengetahuan adiknya itu dalam permainan dam.

Papan dam berkotak-kotak empat persegi berselang-seli hitam dan putih dibentang. Buah-buah catur disusun mengikut susunan dam apit.

“Ini, raja. Di sebelah kirinya permaisuri. Raja dan permaisuri diapit paderi, kuda, dan istana. Mereka ini ialah orang kuat atau orang-orang besar raja. Sementara lapan ketul yang berada di barisan hadapan raja ini semua bala tentera. Merekalah yang menjadi benteng pertahanan. Jika berlaku serangan, askar-askar inilah yang akan menyerang dan terkorban lebih dahulu.’ Um mengangkat tangan lalu menekan kepada permaisuri dan raja dengan jari telunjuk dan jari hantunya.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009, halaman 146)

i. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Uj sebelum memulakan permainan dam? 3m

ii. Permainan catur banyak memberi kelebihan kepada kita. Nyatakan tiga kelebihan permainan tersebut. 3m

iii. Berikan satu perwatakan Uj berdasarkan petikan di atas dan dua lagi daripada keseluruhan cerpen. 3m





SKEMA:
i. …Uj membentang papan dan kotak-kotak empat persegi disusun warna hitam dan putih. Buah-buah catur itu disusun mengikut susunan dam apit. Akhir sekali, Uj menerangkan peranan dan tugas raja, permaisuri, paderi, kuda, dan istana kepada Um.

ii. …dapat mengasah minda sekali gus menajamkan akal agar lebih mahir dalam matematik…Kita akan memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah…Kita boleh mengetahui sejarah negara-negara luar yang ada kaitan dengan catur.

iii. dalam petikan: pandai bermain catur. Cth: Uj mengajak um bermain catur dengan memulakan dahulu permainan dam.
dalam cerpen: pendesak. Cth: Uj mengajak Um berlawan dengannya dalam permainan catur….mudah gelabah. Cth: Uj mula gelabah apabila Um hampir menewaskannya dalam permainan catur.

0 comments: