SOALAN 15
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setapak demi setapak bala tentera kedua-dua belah pihak membuat serangan. Lama. Tiga hari tiga malam sudah berlalu.Bukan mudah menentang orang bergelar. namun Um tidak akan menyerah kalah. Dia mengumpul segala kemampuan minda untuk memenangi pertarungan.
Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain pilihan.
Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.
Um mengalih mata untuk meneguk minuman pembawa kesegaran. Tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena, dapat dirasakan Um. Buah caturnya tadi berada di kanan, tiba-tiba kini beralih ke kiri. Um mengembalikan kedudukan buah tersebut ke kotak asalnya.
“Um main tipu!” Tiba-tiba Uj menjerit. Dia bangun menghentak meja. “Ini rupanya yang engkau pelajari dari buku-buku tebal itu? Engkau belajar menipu!”
“Uj yang main tipu. Kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? Siapa yang berani mengalihkannya kalau bukan Uj?”
“Jangan tuduh Uj sembarangan. Pastikan dulu betul tidaknya di mana letaknya kota engkau tadi? Kalau engkau takut kalah, baik mengaku kalah saja, Um!” bergetar suara Uj menggerudi hati Um.
(Dipetik daripada cerpen “Pemain Catur” karya Zaharah Nawawi, dalam antologi Harga remaja, hlm 150)
i. Apakah kelebihan yang ada pada Um hingga dia dapat menyaingi kehebatan Uj? 3m
ii. Pada pendapat anda, siapakah yang melakukan penipuan? Berikan alasan anda. 3m
iii. Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 3m
SKEMA
i. …terletak pada kekuatan minda…mempunyai keyakinan diri yang tinggi…bersikap sabar.
ii. Uj membuat penipuan…dia sangat egoistik - bimbang akan kalah dengan adiknya…Um – tidak dapat menerima kekalahan kerana dia lebih berpengalaman dan banyak mempunyai ilmu pengetahuan dalam permainan catur
iii. dalam petikan: Janganlah kita terlampau yakin akan kemampuan diri dan memandang rendah terhadap kebolehan orang lain…dalam cerpen; Janganlah kita mengkhianati sesiapa, apatah lagi saudara kandung sendiri…Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
Thursday, November 4, 2010
Cerpen pemain catur - soalan 15
Posted by eranis at 12:21 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment