BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 12, 2010

Cerpen:Mellisa -soalan 7

SOALAN 7

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati M16.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


i. Nyatakan dua harapan Mellisa terhadap rakyat negara ini sebelum dia meninggal dunia. 2m

ii. Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda. 3m

iii. Jelaskan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 4m



SKEMA
i. …Mellisa berharap agar rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai…semua kaum dapat hidup sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya

ii. saya tidak akan mencari perempuan lain kerana mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian…Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara…saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri

iii. Dalam petikan: Mellisa seorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi. Dia menyertai tentera semata-mata untuk berkhidmat kepada negara ini.
Dalam cerpen; Mellisa seorang yang tabah menghadapi dugaan. Dia tidak berdendam kepada orang yang membunuh tunangnya, sebaliknya menganggap kejadian itu takdir Ilahi.

0 comments: