BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 12, 2010

Cerpen: Mellisa-soalan 5

SOALAN 5

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.164 & 165)

i. Apakah maksud ungkapan punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah? 2m

ii. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan Inggeris menjalankan sistem devide et empera ataupun “pecah dan perintah” terhadap penduduk Tanah Melayu? 3m

iii. Huraikan satu pengajaran berdasarkan petikan dan tiga pengajaran lain berdasarkan cerpen Mellisa. 4m






SKEMA
i. …sememangnya telah menjadi dasar penjajah Inggeris mahu melaksanakan sistem polarisasi kaum. Apabila pengenalan kaum dilaksanakan mengikut kawasan dan corak ekonomi, maka sudah pasti wujud perasaan tidak puas hati dan pergaduhan seperti 13 Mei

ii. …kerana Inggeris tidak mahu rakyat Tanah Melayu bersatu hati. Sekiranya perpaduan wujud, sudah tentu lama-kelamaan mereka akan memberontak dan menentang penjajah Inggeris….Apabila pengenalan kaum dilakukan, mudahlah untuk Inggeris melaksanakan apa sahaja yang hendak mereka lakukan kerana setiap kaum mempunyai pendirian dan pendapat masing-masing

iii. dalam petikan: sebagai rakyat kita perlu bersatu hati dan bermuafakat untuk menentang pihak musuh.
dalam cerpen: sebagai manusia, kita perlulah bersikap rasional dan tidak berprasangka antara kaum…sebagai rakyat kita perlu memiliki semangat patriotik kerana kitalah yang wajar mempertahankan kedaulatan negara, bukannya orang lain…Kita perlu memupuk semangat perpaduan dan kasih sayang sesama sendiri demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dalam sebuah negara yang merdeka.

0 comments: