SOALAN 6
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahnada, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!”
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?”
(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’, dalam antologi Hatga Remaja , Dewan Bahasa dan Pustaka)
1. Apakah maksud rangkai kata , tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk? [2 m]
2. Nyatakan siapakah “anakanda” dan siapakah “ayahanda” dalam petikan di atas? Apakah pula penerangan yang dikemukakan oleh “anakanda” kepada “ayahanda” itu. [3m]
3. Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendak memperisteri Tuan Puteri sungguh-sungguh hendak memperisteri Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Berikan alasan anda. [3 m]
JAWAPAN:
1. Maksud rangkai kata ini ialah orang tua sepatutnya bertambah cerdik kerana berpengalaman seperti kelapa tua yang berminyak. Tetapi tua “ayahanda” diibaratkan cendawan yang semakin rosak dan membusuk kerana terus mempercayai kata-kata jurumudi tanpa usul periksa.
2. “Anakanda” ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menerangkan kepada “ayahanda”, iaitu Tuanku Nakhoda Tua tentang jurumudi yang berbohong. Sebenarnya, Awang Sulung Merah Muda yang menjaga dan menyelamatkan kapal tersebut daripada serangan lanun, bukannya jurumudi.
3. Pada pendapat saya, jurumudi hendak memperisteri Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana kecantikan Tuan Puteri tersebut. Selain itu, keturunan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merupakan golongan bangsawan, dipandang tinggi oleh masyarakat dan berharta pula. Jadi, jurumudi berhasrat merampas Tuan Puteri Dayang Seri Jawa daripada Awang Sulung Merah Muda agar cita-citanya itu tercapai.
Monday, November 22, 2010
Prosa: Pelayaran yang penuh peristiwa-Soalan 6
Posted by eranis at 12:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment