BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 29, 2010

Cerpen Israk : Soalan 4

SOALAN 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk. Dia menjodong. Mujur gitar ang dibeli di Buenos Aires dibawa bersama. Penghibur ketika waktu bosan. Siti Hawa yang memerlukan tingkah anak bujangnya itu hanya menggeleng. Geleng ibu bukan sebarang geleng. Israk yang dibesarkan di Perth itu langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Wah. Inilah pertama kali dia melihat Wah dari dekat. Hidup Wah nampak berbeza daripadsa hidupnya. Baginya, pengajiannya dalam bidang korporat itu tidak akan menjadikannya hidup seperti Wah. Temperamen mengatasi segalanya.


“Adam, bawalah anak bini kamu ke dapur. Tadi mak pungut buah-buahan, tu. Makanlah,” kata Wah dengan tenang sekali.


Mikraj mengintai Wah melalui langsir pintu bilik yang bergerak ditampar angina desa. Wah bersolat sebaik sahaja azan selesai berkumandang. Wah orang alim kerana lahir dalam kalangan orang alim.


“Wow, lawanya!” Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas-emasan itu.


(Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja,
Hal. 131-132, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.)



(i) Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk.
Nyatakan dua sebab Israk berkeadaan demikian. (2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan orang tua kita, selain melawati mereka?
Berikan tiga tindakan. (3 markah)

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni yang terdapat dsalam cerpen.



Skema Jawapan :

Praktis 1

(i) Israk berkeadaan demikian kerana dia dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza, iaitu di luar negara (Perth). Lagipun itulah kali pertama dia ke rumah Wah.
(ii) Tindakan yang saya lakukan ialah:
• Menjaga kebajikannya dan membawa orang tua bersiar-siar
• Menjaga hati mereka
• Cuba memenuhi permintaan mereka
(iii) Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah nilai ketaatan kepada Yang Maha Esa. Wah tidak melengah-lengahkan solat. Dia bersolat sebaik-baik sahaja azan selesai berkumandang. Nilai murni yang terdapat dalam cerpen ialah nilai kasih sayang. Buktinya, Adam membawa isteri dan anak-anaknya untuk menziarahi ibunya, Wah di kampong kerana dia sayang akan ibunya itu.

0 comments: