SOALAN 6
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.
Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.” Setelah puas bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.
(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 52 & 53)
i. Apakah maksud menyembah mengaku akan taat setia? 2m
ii. Merah Silu dan Merah Hasum akhirnya bersetuju meninggalkan negeri Semerlanga. Nyatakan tiga sebab pemergian mereka. 3m
iii. Untuk berjaya, kadang-kadang kita perlu berhijrah. Berikan tiga pendapat anda faedahnya apabila kita berhijrah ke tempat baharu. 3m
SKEMA
i. Maksudnya pengakuan berkaitan kepatuhan dan berpegang teguh.
ii. …kerana nenek dan ibu bapa mereka telah hilang….merasakan tinggal di negeri Semerlanga tidak memberi faedah kepada mereka… mahu mencari tempat yang baik supaya boleh tinggal di tempat yang baharu.
iii. …pengalaman kita akan bertambah menyebabkan tindakan kita akan lebih matang….kita akan menambahkan lagi kenalan daripada masyarakat pelbagai keturunan dan agama…untuk membina semangat baharu demi menghadapi cabaran mendatang yang lebih besar.
Saturday, September 11, 2010
PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 6)
Posted by eranis at 4:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment