SOALAN 4
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah beberapa lama Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Betong dengan berkat kurnia Allah Taala, Puteri Betong pun hamil. Setelah genap bulannya, Puteri Betong pun melahirkan seorang anak laki-laki dan diberi nama Mera Silu. Selang beberapa lama kemudian, Puteri Betong pun hamil lagi. Setelah genap bulannya, lahirlah lagi seorang anak lelaki dan diberi nama Merah Hasum.
Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tetapi tidak diketahui suaminya sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.
Kata Merah Gajah kepada isterinya,”Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”
Jawab tuan puteri, “jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya.
Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.
(Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud rangkai kata,” Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!” 2m
ii Mengapakah Puteri Betong tidak menceritakan tentang adanya sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala kepada suaminya? 3m
iii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri suami yang baik? 3m
SKEMA
i. …maksudnya Merah Gajah ingin mencabut sehelai rambut berwarna keemasan yang berada di atas kepala tuan puteri.
ii. …kerana takut dicabut oleh suaminya…tidak mahu rahsia rambut itu terbongkar …ingin terus hidup di samping suami dan anak-anaknya
iii. …menyayangi isteri dan anak-anak…menyediakan keperluan harian isteri dan anak-anak…menghormati permintaan isteri
Saturday, September 11, 2010
PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 4)
Posted by eranis at 4:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment