BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 27, 2010

PROSA KLASIK: MERAH SILU (SOALAN 17)

SOALAN 17
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung sayam datang bermain menyabung ayam dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya.Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’l-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.”

Antara mereka yang hadir itu seorang bernama Tun Aria Benong. Tun Aria Benong tiada mahu Merah Silu dijadikan raja. Ujarnya, “Jikalau ia kita jadikan raja, nescaya anak cucu kita diperintahnya.”

Megat Iskandar bermuafakat lagi dengan segala orang dan baginda tetap hendak merajakan Merah Silu , lalu Merah Silu diangkat menjadi raja.

Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku’l-Nasar ke Rimba Jerun. Maka berperanglah Merah Silu dengan Sultan Maliku’l-Nasar. Sultan Maliku’l-Nasar berundur ke sebuah negeri bernama Benua lalu dia bertahan dan berbuat istana.


(Dipetik daripada prosa tradisional Merah Silu, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, hal. 56-57,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)


i. Apakah maksud rangkai kata lalu dia bertahan? 2m
ii. Apakah tindakan Merah Silu untuk menggalakkan rakyat menyabung ayam? 3m
iii. Tuliskan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. 3m





SKEMA
i. maksudnya tabah menanggung kesusahan/sanggup menderita
ii. …orang yang kalah dalam pertaruhan menyabung ayam akan diberi semula taruhannya…orang yang datang kembali untuk menyabung ayam, diberikan seekor kerbau…sesiapa yang datang untuk menyaksikan pertandingan menyabung ayam juga, diberikan seekor kerbau.
iii. baik hati…cth: Merah Silu memberi seekor kerbau kepada sesiapa sahaja yang menyabung ayam dan menyaksikan pertandingan menyabunga ayam…bermuafakat…cth; Megat Iskandar bermesyuarat dengan pembesar negeri, orang tua-tua dan rakyat sebelum menabalkan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun….Keberanian…cth: Merah Silu menentang Sultan Maliku’l-Nasar yang enggan menerima baginda menjadi raja di Rimba Jerun.

0 comments: