SOALAN 9
Lengkapkan sinopsis cerita “Merah Silu” di bawah ini dengan kata atau rangkai kata yang sesuai.
Merah Gajah dan Puteri Betong 1______________________ dua orang anak lelaki, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada suatu hari, semasa Puteri Betong sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna 2_______________________ . Sebaik sahaja rambut itu tercabut dan keluar darah, puteri Betong pun meninggal dunia. Tindakan Merah Gajah itu menimbulkan 3____________________ Muhammad lalu dibunuhnya Merah Gajah. Bapa Merah Gajah, Raja Ahmad 4_____________________ peperangan. Dalam pertempuran itu, kedua-dua datuk Merah Silu telah mati. Tidak beberapa lama kemudian, Merah Silu dan Merah Hasum mengambil 5_____________________ meninggalkan 6_____________________. Mereka tiba di suatu tempat bernama Beruana. Akibat gemar bermain kerbau, Merah Silu dinasihati supaya keluar dari negeri it. Merah Silu pun membawa harta dan kerbaunya hingga sampai di hulu Karang. Namun, Merah Silu terpaksa mencari tempat lain kerana 7_________________________nya habis memusnahkan tanaman penduduk kampung. Akhirnya, Merah Silu bertemu dengan 8_________________________ yang mempelawanya tinggal di 9_____________________________. Megat Iskandar 10_________________________Merah Silu sebagai raja tetapi tidak disukai oleh Tun Aria Benong. Ekoran pertabalan itu, berlaku peperangan antara Sultan Maliku’l-Nasar dengan Merah Silu. Sultan Maliku’l-Nasar terpaksa 11__________________________ ke Kumat tetapi telah diserang oleh Megat iskandar.
SKEMA
1. dikurniakan
2. keemasan
3. kemarahan
4. mengisytiharkan
5. keputusan
6. Negeri Semerlaang
7. kerbau
8. Megat Iskandar
9. Buluh Telang
10. menabalkan
11. berundur
12. Raja Rimba Jerum.
Saturday, September 11, 2010
PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 9)
Posted by eranis at 4:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment