SOALAN 1
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung sayam datang bermain menyabung ayam dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya.Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’l-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.
(Dipetik daripada “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud rangkai kata orang yang kalah dibayar taruhannya. 2m
ii. Nyatakan tiga sebab orang ramai datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. 3m
iii. Pada pendapat anda, wajarkah Merah Silu dijadikan raja di Rimba Jerun? Berikan tiga alasan. 3m
SKEMA
i. …penyabung ayam yang tewas dikembalikan wang cagarannya.
ii. … yang kalah menyabung menerima wang taruhannya semula…orang menyabung yang pulang diberikan seekor kerbau…orang yang menyaksikan sabung ayam turut menerima seekor kerbau.
iii. wajar: …mempunyai sifat seorang pemimpin…berketurunan raja/hartawan… seorang yang baik hati/dermawan
tidak wajar: …meminggirkan bangsawan di Rimba Jerun…rakyat belum mengenali peribadi sebenar Merah Silu…menutup peluang orang tempatan untuk dilantik sebagai raja.
Friday, September 10, 2010
PROSA KLASIK- MERAH SILU : SOALAN 1
Posted by eranis at 9:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment