SOALAN 20
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua belah pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.
Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu,” Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”
Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.
(Dipetik daripada prosa klasik ’Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud rangkai kata putus bicara berdasarkan petikan di atas. 1m
ii. Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad. 3m
iii Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangan. Nyatakan empat cara. 4m
SKEMA
I. …bermaksud selepas tamat berunding/berbicara
ii. …Raja Muhammad dan Raja Ahmad mati dalam peperangan…banyak askar yang mati…Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlanga…Mereka membuka sebuah perkampungan baru di negeri Beruana
iii. …mengadakan perundingan antara kedua-dua belah pihak yang bersengketa…berdamai bagi menyelesaikan persengketaan…melantik orang tengah bagi menyelesaikan masalah…saling bermaafan…membayar ganti rugi kepada pihak yang menuntut.
Monday, September 27, 2010
PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 20)
Posted by eranis at 11:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment