BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 11, 2010

PROSA KLASIK: MERAH SILU (SOALAN 8)

SOALAN 8
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian dan jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, “Marilah kita muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba hendak perkenakan kerbau itu.”

Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu, sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.

Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau Kampung. Merah hasum memanggil seorang hamba, katanya “Pergi engkau katakana kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada guna kepada orang yang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia tiada mendengar kataku ini, nyahlah dia dari negeri ini; janganlah ia duduk bersama-sama aku.”

(Antologi Harga Remaja, halaman 53- 54)


i. Apakah muslihat yang digunakan oleh Merah Silu untuk menangkap dan menjinakkan kerbau-kerbau liar itu? 3m
ii. Nyatakan perkara-perkara yang menyebabkan Merah Hasum berasa malu. 2m
iii. Jika anda diberi peluang untuk menyelesaikan masalah antara Merah Silu dengan Merah Hasum, apakah yang akan anda lakukan? 3m





SKEMA
i. …mengupah orang menyediakan sebuah lubang besar…menghalau kerbau-kerbau itu ke dalam lubang lalu ditutup dengan segumpal tanah...mencucuk hidung kerbau-kerbau liar itu.
ii. Merah Silu suka bermain dengan kerbau liar…orang ramai kurang senang dengan perlakuan Merah Silu
iii. …bersemuka dengan Merah Silu untuk mendengar penjelasannya…menasihati Merah Silu agar mengubah tabiatnya yang suka bermain kerbau liar…memberikan cadangan kepada Merah Silu, iaitu membina kandang kerbau supaya tidak menganggu orang kampung.

0 comments: