BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 11, 2010

PROSA KLASIK: MERAH SILU SOALAN 3

SOALAN 3
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka,”Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang ditengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rumput yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


i Apakah maksud frasa membantunkan rambut sehelai? 2m
ii. Nyatakan tiga perlakuan Raja Ahmad setelah orang memberitahu bahawa anakanda Merah Gajah telah mati dibunuh oleh mentuanya? 3m
iii Sekiranya anda ialah Raja Ahmad, apakah tindakan yang mungkin anda ambil setelah mendapat tahu tentang kematian anakanda Merah Gajah? Kemukakan tiga tindakan tersebut. 3m








SKEMA
i. mencabut rambut sehelai di kepala dengan akar-akarnya sekali
ii. …menghempaskan dirinya…mengoyak-ngoyak baju…mencarik-carik kainnya
iii. ,,,menyiasat terlebih dahulu kejadian itu….berunding dengan Raja Muhammad …melaksanakan hukuman secara adil

0 comments: