SOALAN 10
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka,”Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang ditengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rumput yang berwarna keemasan itu.”
Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.
Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
(Dipetik daripada cerita “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud rangkai kata ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. 2m
ii. Jelaskan tindakan Raja Ahmad setelah Merah Gajah dibunuh oleh Raja Muhammad. 3m
iii. Pada pendapat anda, apakah cara yang paling baik dilakukan untuk menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak? 3m
SKEMA
i. banyak yang meninggal dunia dan cedera akibat bergaduh antara satu sama lain.
ii. …membantingkan/membuangkan/mencampakkan/menjatuhkan/ badannya seraya mengoyak-ngoyak baju dan mencarik-carik kainnya…mengumpulkan tenteranya yang siap bersenjata…berperang dengan Raja Muhammad dan askar-askar baginda.
iii. …berunding untuk mencari jalan penyelesaian/berdamai…merujuk pihak yang arif untuk menyelesaikan masalah…bersabar dan mengalah… tidak mementingkan diri sendiri.
Saturday, September 11, 2010
PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 10)
Posted by eranis at 4:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment