SOALAN 11
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Merah Silu berkata,”Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”
Kata Megat Iskandar, “Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.”
Sambut Merah Silu,”Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba.”
Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu gemar menyabung ayam, ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 50)
i. Apakah maksud rangkai kata hamba tiada bertempat. 2m
ii. Apakah usaha yang dilakukan oleh Merah Silu agar aktiviti menyabung ayam mendapat sambutan daripada masyarakat setempat? 3m
iii. Kerajaan telah mengharamkan permainan menyabung ayam. Pada pendapat anda, mengapakah permainan tersebut diharamkan 3m
SKEMA:
i. …bermaksud tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
ii. …orang yang kalah dalam pertandingan akan dibayar semula taruhannya… apabila mereka datang kembali untuk bermain, Merah Silu akan memberi mereka seekor kerbau…orang yang datang melihat permainan sabung ayam juga diberikan seekor kerbau.
iii. …kerana permainan tersebut terdedah kepada unsur perjudian yang diharamkan oleh agama… permainan ini boleh melalaikan pemain dan penonton, sehingga sanggup meninggalkan pekerjaan sekadar untuk berseronok…perbuatan itu dianggap menyeksa ayam yang sepatutnya disembelih untuk dimakan.
Saturday, September 11, 2010
PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 11)
Posted by eranis at 4:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment