BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 11, 2010

PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 5)

SOALAN 5

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka, “Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mertuanya sebab ia membantunkan sehelai rambut yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua belah pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.
(Dipetik daripada prosa klasik ’Merah Silu’dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata “ Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak- ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya.” 2m
ii. Apakah yang berlaku setelah Raja Ahmad bertemu dengan Raja Muhammad? 3m
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk mengelakkan berlakunya peperangan? 3M







SKEMA
i. maksudnya Raja Ahmad menjatuhkan dirinya serta mengoyak baju dan kainnya.
ii. …berlakunya peperangan yang dahsyat…ramai askar yang mati dan luka…Raja Ahmad dan Raja Muhammad juga mati
iii. …mengadakan rundingan tentang masalah yang dihadapi oleh kedua-dua belah pihak …memikirkan kesan buruk peperangan kepada pihak yang tidak bersalah.… mencari orang tengah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

0 comments: