BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 27, 2010

PROSA KLASIK MERAH SILU (SOALAN 13)

SOALAN 13
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya. Didapatinya bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing gelang-gelang dari dalam bubunya dan memasang semula bubunya. Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.

Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini Allah Taala kepada aku rupanya.”


Cacing gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah. Merah Silu menyuruh rebus semua cacing gelang-gelang itu. Dengan takdir Allah Taala, cacing gelang-gelang itu pun menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu pun menjadi kaya kerana mendapat emas dan perak.

Orang pun bercerita kepada Merah Hasum tentang hal Merah Silu dikurniai Allah Taala dengan emas dan perak itu. Kata mereka, “Kakanda Merah Silu kami lihat membawa pulang gelang-gelang itu.” Setelah mendengar khabar saudaranya itu, Merah Hasum diam tidak berkata-kata.

Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, “Marilah kita muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba hendak perkenakan kerbau itu.”

Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.
(Antologi Harga Remaja, halaman 53 – 54)




i. Berikan contoh pengaruh Islam yang terdapat dalam petikan ini. 2m
ii. Merah Silu digambarkan sebagai seorang pemimpin yang kreatif. Buktikan. 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum diam tiada berkata-kata setelah mendengar berita bahawa Merah Silu mendapat emas dan perak yang banyak? 3m




















SKEMA.

i. …Merah Silu mendapat emas dan perak setelah merebus cacing gelang-gelang dengan takdir Allah Taala pengaruh Islam yang dikaitkan dengan mitos.

ii. …Merah Silu menangkap ikan di sungai dengan menggunakan bubu …memerangkap kerbau liar dengan membuat anderak…kerbau liar itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya

iii. …Merah Hasum berasa cemburu…tidak senang hati mendengar berita tersebut…bimbang Merah Silu akan lebih kaya daripadanya kelak.

0 comments: