BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 11, 2010

PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 12)

SOALAN 12
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tetapi tidak diketahui suaminya sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.

Kata Merah Gajah kepada isterinya,”Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”

Jawab tuan puteri, “jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”

Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya.

Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.

Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaja itu,”Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Beri maksud rangkai kata , mari hamba bantunkan . 2m
ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabia Merah Gajah mencabut sehelai rambut
isterinya itu? 3m
iii. Merah gajah telah melanggar pantang larang yang diberitahu oleh isterinya.
Pada pandangan anda mengapakah masyarakat dahulu masih mempercayai pantang
larang? 3m





SKEMA:

i. maksudnya saya akan cabut dari akarnya sekali.
ii. …tiba-tiba isterinya Puteri Betong hilang daripada pandangan… orang suruhan
Merah Gajah melaporkan kepada ayahanda Puteri Betong tentang kejadian
tersebut…ayahanda Puteri Betong telah menghimpunkan segaka askar pergi
mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya Merah Gajah.
iii. masyarakat masih mempercayai pantang larang kerana tidak mahu menghadapi
risiko buruk seperti terkena sumpahan…masyarakat menganggap tidak
membebankan mempercayai pantang larang…ada sesetengah masyarakat yang
menganggap pantang larang itu sebahagian daripada kepercayaan yangperlu
diamalkan turun-temurun.

0 comments: