SOALAN 14
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kata Merah Gajah kepada isterinya,”Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”
Jawab tuan puteri, “jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya.
Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.
Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaja itu,”Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.
(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah maksud alamat perceraian? 2m
ii. Nyatakan dua peristiwa yang berlaku akibat perbuatan Merah Gajah mencabut rambut Puteri Betong. 3m
iii. Pada pendapat anda, wajarkah Raja Muhammad, membunuh Merah Gajah? Berikan dua alasan anda. 3m
SKEMA
i. …maksud ialah petanda perpisahan.
ii. …Puteri Betong meninggal dunia akibat keluar darah dari liang rambut tersebut. …Raja Muhammad dan askarnya menyerang lalu membunuh Merah Gajah.
iii. …tidak wajar kerana Merah Gajah tidak menyangka bahawa perbuatannya mencabut rambut Puteri Betong akan menyebabkan kematiannya…askar dan rakyat yang tidak berdosa turut terkorban sewaktu Raja Muhammad menyerang Merah Gajah…
Monday, September 27, 2010
PROSA KLASIK:;MERAH SILU (SOALAN 14)
Posted by eranis at 9:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment