BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 11, 2010

PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 7)

SOALAN 7

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka, “Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat.Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah maksud beramuk-amuk sesama sendiri? 2m
ii. Raja Ahmad amat marah apabila mendapat tahu anakandanya Merah Gajah mati akibat perbuatan mentuanya, Raja Muhammad.Apakah tindakan yang dilakukan oleh Raja Ahmad apabila mendengar berita tersebut? 3m
iii. Kematian Raja Ahmad dan Raja Muhammad akibat dendam. Jika anda di tempat Raja Ahmad, apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut? 3m






SKEMA

i. Maksudnya bergaduh kalangan mereka.
ii. Raja Ahmad dengan serta-merta menghimpunkan semua askar dengan lengkap bersenjata. Kemudian ketika hari yang sesuai dia menemui Raja Muhammad. Akhirnya askar daripada kedua-dua pihak berperang.
iii. …membawa diri bertenang kerana yang mati tidak akan kembali lagi…saya akan memanggil Raja Muhammad untuk mengetahui perkara yang sebenar…Jika Raja Muhammad didapati bersalah, saya mahu dia membayar denda mengikut kemampuan dan darjatnya.

0 comments: