SOALAN KETIGA
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mikraj mengintai Wah melalui langsir pintu bilik yang bergerak ditampar angin desa. Wah bersolat sebaik sahaja azan selesai berkumandang. Wah orang alim kerana lahir dalam kalangan orang-orang alim.
” Wow,lawanya! Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas-emasan itu.
Seperti biasa pilihannya ialah ”kucing tidur ”. Siti Hawa turut berebut dengan anak gadisnya itu. Tetapi, yang tua biarlah beralah. Panjang umur, esok lusa boleh rasa. Israk tidak menyentuh walau sedikit pun buah-buahan tempatan itu. Dia tidak berbangga merasai buah-buahan tempatan secara percuma, tidak seperti di kota. Israk sugul. Matanya seolah-olah memerli keadaan sekeliling. Hidungnya pula mengejek aroma buah-buahan di hadapannya.
”Israk, rasa ni,” Adam menghulurkan sepulur durian.
Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah dihadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.
” Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
( Dipetik daripada cerpen ” Israk” oleh Erda Roslan Khairi, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 132 & 133.)
i) Berikan bukti Israk tidak menyukai buah-buahan tempatan. ( 3markah)
ii) Pada pendapat anda, mengapakah Adam bersuara untuk menyedarkan asal usul Israk?
( 3 markah)
iii)Huraikan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen. ( 3 markah)
SKEMA JAWAPAN
i) .... bukti Israk tidak menyukai buah-buahan tempatan ialah dia tidak menyentuh walau sedikit pun buah-buahan tempatan.
........ selain itu, dia tidak berbangga merasai buah-buahan tempatan secara percuma.
........ akhir sekali, hidungnya pula seperti mengejek aroma buah-buahan di hadapannya.
ii) ... Adam bersuara untuk menyedarkan asal usul Israk kerana mahu Israk bersikap merendah diri,bukan berterusan bersikap sombong.
....... selain itu, Adam mahu Israk sedar akan sikapnya yang negatif telah menyebabkan ramai yang terguris hati.
........ akhir sekali, Adam mahu Israk sedar dia daripada anak kampung yang banyak bergantung pada hasil alam anugerah Tuhan.
iii) ....... pengajaran daripada petikan ialah kita perlu menghargai buha-buahan tempatan, contoh yang ditunjukkan oleh Israk yang membenci buah-buahan tempatan jangan diikuti.
........ pengajaran daripada cerpen ialah kita sewajarnya menghormati orang yang lebih tua, contoh yang ditunjukkan oleh Israk yang tidak menghormati Wah jangan diteladani.
........ akhir sekali sebagai adik beradik kita perlu mengekalkan keharmonian hidup, contoh yang ditunjukkan oleh Israk asyik bertengkar dengan Mikraj jangan dicontohi.
Wednesday, September 29, 2010
cerpen Israk: Soalan 3
Posted by eranis at 1:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment