BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 27, 2010

PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 19)

SOALAN 19
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaya itu, “Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka,”Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang ditengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rumput yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

i. Apakah maksud rangkai kata sebab ia membantunkan rambut sehelai yang ditengah-tengah kepala Puteri Betong? 1m
ii. Mengapakah Raja Ahmad terlalu marah dengan Merah Gajah? 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah peperangan banyak mendatangkan keburukan berbanding dengan kebaikan? 4m







SKEMA
i. …maksudnya Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut bersama-sama akarnya yang terletak di kepala Puteri Betong
ii. …kerana Merah Gajah telah menyebabkan baginda kehilangan anakandanya, iaitu Puteri Betong setelah rambutnya yang berwarna keemasan dicabut oleh Merah Gajah.
iii. Peperangan mendatangkan banyak keburukan kerana akan menyebabkan banyak nyawa terkorban…peperangan juga mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan kestabilan negara terancam.

0 comments: