BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 29, 2010

cerpen Israk : Soalan 1

SOALAN PERTAMA

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar.


“ Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.


“ Buang masa saja tinggal disini!” Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.


Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.


Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik.

” TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti injak naik yang menaikka jumlah voltan arus yang mengalir.


Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4M x 6m. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.


” Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!”.

( Dipetik daripada cerpen ” Israk” oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa Dan Pustaka. )


i) Nyatakan dua perkara yang dirungutkan oleh Israk. ( 2 markah)

ii) Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Israk untuk menjaga hati Wah? Cadangkan empat cara yang wajar dilakukan oleh Israk. ( 4 markah)

iii) Nyatakan satu perwatakan Israk berdasarkan petikan cerpen dan dua perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen ( 3 markah)




SKEMA JAWAPAN

i) – Sarapan pagi yang disediakan tidak enak
- airnya pula kurang bersih
- Kaca tv hitam dan rosak

ii) Caranya ialah:
- Cuba menyesuaikan diri dengan suasana hidup di kampung
- Tidak bersikap sombong dan ego
- Menghormati Wan selaku nenak yang pernah menjaganya sejak kecil
- Mendengar nasihat yang diberikan oleh Wan.

iii) Perwatakan Israk ialah:
- Seorang yang cerewet
- Tidak tahu bersyukur atas rezeki yang dihidangkan
- Tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana di kampung

Perwatakan dalam keseluruhan cerpen
- Tidak menghormati orang yang lebih tua
- Sering bertikam lidah dengan adiknya, Mikraj
- Insaf dan sedar akan kesalahannya.

0 comments: