SOALAN KEDUA
Lengkapkan sinopsis cerpen ”Israk” di bawah ini dengan kata-kata atau rangkaian kata yang sesuatu.
Adam, iaitu (1) __________ Wah membawa isterinya, Hawa dan anak-anaknya Israk dan Mikraj bercuti ke kampung nenek mereka di Perak. Israk mempunyai masalah untuk (2)_____________ diri dengan kehidupan kampung. Israk sering memperlekeh kehidupan di kampung. Sebaliknya Mikraj suka ______________ di kampung. Mereka berdua sering (4) _______________ kerana perbezaan pendapat. Israk tidak (5) _______________ tinggal di kampung kerana dia dibesarkan di (6) ______________. Dia tidak menggemari makanan dan buah-buahan tempatan juga.
Mikraj berasa (7) _______________ dengan perbuatan Israk yang sentiasa (8) _________dan menyakitkan hati Wah. Perbuatan mereka menyebabkan Wah sangat (9) __________ Wah tidak suka mereka bertengkar seperti (10) ______________. Wah mahu mereka berbaik-baik walaupun hati Wah terluka.
Pada suatu hari, bekalan air paip (11) _______________ .Mikraj menyuruh abangnya mandi air sungai sahaja. Malangnya, ketika Israk melalui (12) _____________ semak, dia terjatuh ke dalam sungai. Wah berusaha (13) ___________ cucunya itu dengan menghulurkan sebatang (14) __________ . akhirnya Israk mula insaf dan berubah. Perubahan tersebut dapat dilihat apabila dia mula memakai (15) _________ dan makan nasi serta mencari jering dan tempoyak sebagai ulam.
i) Apakah maksud rangkai kata membabi buta dalam petikan? ( 2markah)
ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang? ( 3 markah)
iii) Huraikan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen. ( 4 markah)
SKEMA JAWAPAN
1- anak tunggal
2- menyesuaikan
3- suasana
4- bertikam lidah
5- betah
6- luar negara
7- sakit hati
8- menghina
9- sedih
10- anjing dengan kucing
11- terputus
12- rimbunan
13- menyelamatkan
14- kayu
15- baju Melayu
i) ...bermaksud menuduh tanpa usul periksa atau membuat keputusan melulu.
ii) Bercakap dengan lembut dan bersopan santun
Berusaha memahami adat dan budaya di tempat tersebut
Menghormati orang yang lebih tua daripada kita
iii) Pengajaran daripada petikan:
Janganlah kita mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sehingga mengecilkan hati orang lain.
Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
Kenalilah asal usul kita supaya tidak mudah hanyut dengan budaya negatif dari luar.
Kita hendaklah mengenang jasa seseorang terhadap kita.
Wednesday, September 29, 2010
cerpen Israk: Soalan 2
Posted by eranis at 1:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment