BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 10, 2010

PROSA KLASIK: MERAH SILU (SOALAN 2)

SOALAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Setelah tinggal beberapa lama di dalam negeri itu, padi orang di situ habis dimakan kerbau, demikian juga pisang orang di situ. Kata segala orang dalam negeri itu,”Binatang apa dibawa ke negeri ini; habislah tanam-tanaman kami binasa dimakan oleh binatang ini. Kalau demikian janganlah tuan-tuan duduk bersama-sama dengan kami.”

Setelah Merah Silu mendengar kata sekalian orang kampung itu, maka Merah Silu berkata kepada mereka, “Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari tempat diam yang lain!”

Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu,”Apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini?”

Merah Silu berkata,”Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”

Kata Megat Iskandar, “Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.”

Sambut Merah Silu,”Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba.”
(Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009, hal. 56)

i. Apakah maksud baris jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba? 2m
ii. Apakah yang telah berlaku setelah Merah Silu tiba di negeri itu? 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah penduduk sesebuah negeri begitu mudah menerima kedatangan Merah Silu? 3m






skema:
i. …jika tuan tidak keberatan, saya sanggup menerima tuan sebagai anak angkat.
ii. …ketika dalam perjalanan ke hulu Semenda, Merah Silu bertemu dengan Megat iskandar dan mereka makan minum bersama-sama…sambil makan, Megat Iskandar bertanya tujuan kehadiran Merah Silu ke situ….Merah Silu mengatakan bahawa dia ke situ adalah untuk mendapatkan tempat tinggal.
iii. kerana sikapnya yang peramah dan mudah mesra…Merah Silu berkemungkinan mempunyai ilmu pelembut hati orang lain seperti yang terdapat pada orang zaman dahulu…Disebabkan sikap orang zaman dahulu yang suka melayan tetamu

0 comments: