SOALAN 8
Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampong kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun ini kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk.
Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angina dan mengamuk. Naik angina dan mengamuk menentang Ceper yang ganas dan t idak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya mengalah tetapi ibu kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.
Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper sahaja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.
(i) Nyatakan dua kesan amukan Ceper kepada penduduk setempat. (2markah)
(ii) Sekiranya rumah jiran anda dinaiki air, apakah usaha anda untuk membantu jiran anda itu? (3 markah)
(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. (4 markah)
Skema Jawapan :
Praktis 2
(i) Kesan,
• Amukan Ceper pada kali pertama telah merosakkan tanaman padi sehingga penduduk setempat terpaksa makan gadung untuk menggantikan nasi.
• Amukan Ceper kali kedua pula mengakibatkan sawah kering kontang sehingga lembu dan kerbau sukar untuk mendapatkan air.
(ii) Usaha saya ialah,
• Menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu
• Membantu jiran saya berpindsah ke pusat pemindahan
• Memberi bantuan sama ada makanan atau pakaian mengikut kemampuan.
(iii) Berdasarkan petikan :
• Persoalan konflik manusia dengan fenomena alam. Ibu naik angina dan mengamuk kerana kecewa setelah padinya dirosakkan ole banjir
• Peredaran masa telah merubah persekitaran alam sekitar. Sungai ceper yang dulunya jernih dan deras alirannya telah tercemar dua puluh atau tiga puluh tahun kemudian.
Sunday, April 11, 2010
Komsas cerpen Ibu dan Ceper - latihan 8
Posted by eranis at 7:25 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment