SOALAN 2
Ibu tidak lagi cergas pada waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi apabila saja tiba waktu subuh, ibu sudah bangun dan bersedia apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.
Sekali itu Ceper tba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipungah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepe-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata.
Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.
Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpahnyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.
Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat-bulat pada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.
“ Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”.
Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing
( Antologi Harga Remaja,halaman 102)
i)Mengapakah ibu ”aku” benar-benar marah kepada bapanya selepas air Ceper bah?
( 3 markah)
ii) Pada pendapat anda,wajarkah ibu ”aku” menjerit dan memarahi ayah ”aku”? Berikan tiga alasan anda. ( 3 markah )
SKEMA JAWAPAN
i)
Bapa aku masih lagi sibuk berdenak ketitir
Padi di sawah sudah ditenggelami air
Membiarkan ibu “aku” sendirian menyelamatkan padi yang ternggelam.
ii)
Ya, bapa “aku” tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi mereka.
Bapa aku tidak menjalakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Bapa ”aku” lebih mengutamakan hobinya berdenak ketitir daripada menyelesaikan masalah tanaman padi yang ditenggelami air.
Wednesday, April 7, 2010
Komsas cerpen Ibu dan. Ceper -Latihan 2
Posted by eranis at 11:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment