BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 11, 2010

Komsas cerpen Ibu dan Ceper - Latihan 5

SOALAN 5
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu terus lumpuh dan tidak boleh bergerak lagi. Hanya mata ibu dan mulut ibu yang rancak bergerak seperti arus Ceper pada usia yang lebih muda. Semenjak itu bapa tidak berdenak ketitir lagi meskipun keliling rumah masih tersangkut sangkar-sangkar ketitir yang berbagai-bagai bentuk.
Itulah zaman menderita yang amat pedih bagi kami sekeluarga. Aku sudah kahwin waktu itu dan sudah pun memperoleh dua orang anak. Mujur juga aku peroleh isteria anak kampong yang tidak pantang turun ke sawah dan tidak takut pada lintah dan pacat. Kami berdualah menggantikan tempat ibu.
Meskipun bapa tidak lagi menjadi kaki burung ketitir bapa sudag agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bapa hanya berada di rumah makan dan tidur sahaja. Sikit-sikit boleh juga jaga cucu dan picit-picit tubuh ibu, tetapi bapa sebenarnya sudah dimakan tua waktu itu.
Bapa tidak dapat ampu ibu lagi. Pasti juga tidak boleh angkat ibu ke tandas lagi. Mujurlah yang lumpuh Cuma ibu seorang. Kalau bapa juga lumpuh entahlah. Aku tidak dapat bayangkan masalahnya.
Suatu hari entahlah aku menjerit kuat sedikit sewaktu ibu sedang berak kerana lama sangat najisnya tidak terbit-terbit.Aku sudah naik kejang kaki tangan kerana lama ampu ibu. Dan aku lihat pipi ibu basah kerana air mata meleleh turun. Isteriku menerpa dan apabila melihat air mata ibu sedang mengalir melaui retak-retak di pipi ibu yang kendur hodoh itu, dia mengambil tempatku.
Itulah detik-detik yang tidak dapat aku lupakan.Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu.

(i) Nyatakan sebab –sebab penulis mengatakan “Itulah zaman menderita yang amat pedih bagi kami sekeluarga”.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(ii) Sekiranya anda berada di tempat penulis, apakah perasaan anda setelah melihat ibu anda mengalirkan air mata?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(iii) Huraikan satu perwatakan ibu dalam petikan di atas dan satu perwatakan ibu dalam keseluruhan cerpen tersebut.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________





Skema Jawapan :

Praktis formatif
(i) ibunya lumpuh – ayahnya sudah tua dan tidak mampu membantu keluarga lagi.
(ii) Rsentuh hati dan sebak – rasa penyesalan yang amat dalam – insaf akan kesilapan diri – ingin memohon maaf sebanyak banyaknya daripada ibu atas keterlanjuran yang mengguris hatinya.
(iii) Perwatakn ibu dalam petikan : rancak berbual, contohnya walaupun ibu sudah lumpuh dan tidak bermaya, dia masih rancak berbual dengan ahli keluarganya. Perwatakan ibu keseluruhan cerita: cergas dan lincah, contohnya pada zaman muda, ibu sangan cergas dan digambarkan selincah arus Sungai Ceper.

0 comments: