BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 11, 2010

Komsas cerpen Ibu dan Ceper Latihan 6

SOALAN 6

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ceper pun serupa. Ia memancarkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tabing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.
Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali-sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.
Selesai sahaja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya.
Begitulah Ceper pun, tetapi waktu malam Ceper cergas juga, malah terasa lebih cergas lagi kerana dari rumahku dapat juga kudengar ngauman Ceper, terutama sewaktu air pasang, kerana di hulu hujan turun dengan lebatnya.

(i) Berikan tiga bukti ibu seorang yang rajin. (3 markah )

(ii) Ibu merupakan contoh orang kampong yang rajin. Berikan tiga sebab orang kampong
terpaksa bekerja keras memanfaatkan masa yang terluang. (3 markah)

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang diperoleh daripada petikan dan satu persoalan
daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)




















Skema Jawapan :

(i) bukti ibu seorang yang rajin ialah selesai sahaja mengerjakan solat Subuh, ibu sudah berada di tanah untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersawah ketika musim orang bersawah. Jika musim menetak mengkuang, ibu akan ke paya untuk mendapatkan mengkuang. Akhirnya sekali pada musim kenduri, ibu akan bergotong-royong atau akan menghadiri majlis kematian.
(ii) Orang kampong bekerja keras kerana jika tidak nasib mereka akan berubah atau kekal di paras kemiskinan.. Selain tiu, persekitaran tempat tinggal telah membuka minda mereka untuk mempelbagaikan kemahiran bagi mendapatkan punca pendapatan. Akhir sekali didikan keluarga mereka sebelum ini yang meyakinkan mereka bahawa alam yang terbentang luas meruapakan rezeki anugerah Allah yang boleh diraih, asal sahaja rajin berusaha.
(iii) Nilai murni daripada petikan ialah kerajinan,contohnya ibu memanfaatkan masa yang terluang dengan bersawah, meragau, dan menetak memngkuang untuk memperoleh pendapatan keluarga.

0 comments: