BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 11, 2010

Komsas cerpen Ibu dan Ceper - Latihan 7

SOALAN 7

Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudia jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayant anda sendiri.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang emapat kerat ibu yang tidak pernah bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemai-gemai itu dijunjung naik masuk jelapang.
Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.
Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.
Selesai sahaja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada saja kerjanya.

(i) Nyatakan dua keadaan Sungai Ceper seperti yang dinyatakan dalam petikan.
(2 markah)
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan kemiskinan? Berikan tiga pendapat. (3 markah)

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai murni yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. (4 markah)

















Skema Jawapan :

Praktis 1
(i) Berdasarkan petikan,
• Aliran air Sunagi Ceper amat deras
• Di dasar sunagi tersebut terdapat pelbagai hidupan air dan lumut yang kehijau-hijauan.
(ii) Saya berpendapat,
• Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan
• Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam
• Ancaman musuh tanaman dan factor alam sekitar selalu menjejaskan pendapatan petani.
(iii) Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah nilai kegigihan. Ibu begitu gigih mengusahakan sawahnya setiap hari.
• Dalam cerpen pula terdapat nilai bertanggungjawab. Buktinya, sebagai seorangh yang bertanggungjawab terhadap jiran, ibu akan membantu jirannya apabila jiran mengadakan kenduri kendara.

0 comments: