BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 7, 2010

Komsas cerpen Ibu dan Ceper - Latihan 3

SOALAN 3

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul megamuk.
Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik angin dan mengamuk menentang Ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya mengalah, tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.
Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah sudah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Ibu dan Ceper oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)


i) Apakah kesan kepada penduduk kampung apabila Ceper menimbulkan masalah?
Nyatakan tiga kesan tersebut. ( 3 markah)

ii) Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas. ( 3 markah)

iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. ( 3 markah)


















SKEMA JAWAPAN

i)
 Menjadi papa kedana
 Padi habis jahanam
 Makan ubi gadung


ii)
 Berjaya dalam pelajaran
 Memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan
 Patuh kepada arahan dan nasihatnya.
 Membantunya ketika ada masa lapang
 Tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya.

iii) pengajaran dalam petikan:
 Kita hendaklah bersabar mengharungi cabaran hidup
Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
 Kita mestilah menghormati ibu yang telah mendidik dan membesarkan kita
 Sebagai ketua keluarga, kita hendaklah memikul tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

0 comments: