SOALAN 13
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? (Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda)
TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!
RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah,wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.
TUK WALI: Kalau ikut petua,ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi.Bila aku cakap fasal pantang-larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan…dah hilang rasa hormat mereka pada alam!
RIPIN: Petua yang mana,wak?
TUK WALI: Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas. Kalau belum mengenal, berkenal dulu.
RIPIN: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!
TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak.(Kesal) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung.(marah) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi,rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!
RIPIN: Masya-Allah! Semuanya diajar,wak?
TUK WALI: Semuanya, Ripin! Kau tahu apa dah jadi? Berahim masuk hutan bekal tali sigai dengan kayu umpil, tpi si Guan masuk hutan dengan traktor, bawa buruh lagi dua tiga orang. Pokok besar betis ni, besar tiang rumah tu, habis dicabut. Bila cabut. Bila cabut, mana nak datang benih?
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
1. Nyatakan pendirian Tuk Wali terhadap alam sekitar. 2m
2. Jelaskan pendapat anda tentang kebaikan perubatan tradisional berbanding dengan perubatan moden. 4m
3. Huraikan satu perwatakan Tuk Wali dalam petikan dan dua perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut. 3m
SKEMA:
1. …Mengamalkan pantang larang semasa ingin menebang pokok di hutan…kerosakan hutan disebabkan oleh generasi sekarang yang melanggar pantang larang..
2. …lebih murah dan mudah diperoleh…tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya…tidak mendatangkan kesan sampingan…berupaya menyembuh penyakit yang kronik.
3. dalam petikan: seorang yang sangat cinta akan alam sekitar
keseluruhan drama: seorang yang berpendirian tegas…seorang yang mempunyai pengetahuan agama yang luas dan mahir dalam ilmu persilatan.
Tuesday, February 1, 2011
Drama Gelanggang Tuk Wali-soalan 13
Posted by eranis at 10:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment