SOALAN 6
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Nyatakan ciri-ciri orang yang berakal dalam rangkap 5, 6 dan 7. 3m
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang penyair itu dapat memajukan masyarakat? 3m
iii. Huraikan tema dan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. 3m
SKEMA
i. …orang yang berakal tahu membawa diri iaitu tidak mengada-ngada dan tidak sombong …orang yang berakal akan menjaga tingkah laku, merendah diri dan bermesra dengan rakan-rakan…orang yang berakal tidak bosan menuntut ilmu dan pandai pula memilih bahan bacaan.
ii. …memberi buah fikiran atau idea yang bernas untuk membuka minda dan memotivasikan pembaca…mengkritik kepincangan yang berlaku dalam masyarakat supaya menjadi pengajaran kepada pembaca…menerapkan nilai murni dalam karya supaya dapat diteladani oleh pembaca.
iii. tema…ciri-ciri orang yang berilmu
persoalan;…orang yang pandai dapat membela nasib. Hal ini demikian kerana mereka mampu berfikir dan mengambil keputusan yang tepat…orang yang pandai akan taat perintah Tuhan. Hal ini demikian kerana mereka takut menerima balasan pada hari akh
Sunday, February 13, 2011
Syair Definisi Orang Berakal-soalan 6
Posted by eranis at 6:32 AM
Labels: Syair Definisi Orang Berakal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment