BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 25, 2011

Syair Definisi Orang Berakal- soalan 7

SOALAN 7

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.




Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

i. Berdasarkan rangkap pertama, kedua dan ketujuh, nyatakan sifat-sifat orang yang berakal. 3m

ii. Pada pendapat anda, apakah kebaikannya jika nasihat dalam syair ini diamalkan dalam kehidupan? 3m








SKEMA

i. …berhati mulia…membawa kebahagiaan kepada orang lain…berfikiran tajam…menjadi ketua dalam pelbagai organisasi…benci akan kekejaman… cinta akan ilmu pengetahuan.

ii. …menjadi orang yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan tinggi…disayangi dan digeruni rakan dan musuh…menjadi orang yang rendah diri…menjadi seorang yang bertawakal kepada Allah.

0 comments: