BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 9, 2011

Syair Definisi Orang Berakal -soalan 4

SOALAN 4

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.


Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan Mencari kupasan jangan tersemu dalam rangkap ketujuh syair tersebut? 2m

ii. Pada pendapat anda, wajarkah kita bersikap “Tiadalah menyombong pada bekerja” seperti yang tertera dalam rangkap kelima puisi ini? Berikan alasan anda. 4m

iii. Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam syair tersebut. 3m





SKEMA

i. …melakukan siasatan atau berfikir agar tidak terpedaya.

ii. tidak wajar bersikap sombong…alasan: Kita perlulah memiliki semangat kerjasama untuk melakukan sesuatu kerja. Hal ini demikian kerana berkemungkinan kita tidak tahu untuk melakukan sesuatu kerja.Jadi, wajarlah kita bertanyakan orang lain yang menjadi rakan sekerja kita. Sikap sombong bertentangan dengan sikap bekerjasama dan memberikan kesan negatif terhadap sesebuah organisasi.

iii. … belas kasihan. cth: belas kasihan kepada orang jahat, maksudnya, berusaha untuk mengajaknya ke arah kebaikan…kesederhanaan. cth: jangan bersikap tamak kerana memberikan kesan negatif…baik hati cth; merendah diri apabila dikasihi raja atau pihak atasan….kerajinan. cth: rajin melakukan kajian penyelidikan bagi mengelakkan diri terpedaya.

0 comments: