SOALAN 18
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
MAK UMI : Siak pun ada sama! Nasihat! macam yang dia pesan pada Abang Ngah minggu lepas.
TUK WALI : Boleh! Aku boleh duduk di masjid berzikir terus sampai mati! Tapi , orang patah kaki. urat terkehel tu, siapa nak ubatkan? Budak-budak kilang menjerit histeria beramai-ramai siapa nak menolong?
MAK UMI : Yang itu tak pulak disebut! Bersilat dalam majlis kahwin saja! Kurang manis katanya!
TUK WALI :(Menggantung biola di dinding beranda. TUK WALI kelhatan tersinggung dan marah.) Dah lebih setengah abad aku bersilat! Dulu, semua budak muda dalam kampung ini anak murid aku belaka… Zaman darurat dulu! Aku dilantik jadi ketua mengawal kampung! Dua kali bertempur di hutan, berkumpul semua orang lelaki perempuan, datang pada aku belajar silat. Masa itu, apa yang aku buat semuanya, baik! Semuanya manis! Tapi, bila aku dah tua macam ni, tak manis pulak jadinya.
MAK UMI :Kerana dah tualah jadi tak manis tu!
TUK WALI : Aku buat benda yang sama jugak! Aku bukan ajar budak-budak tu merompak!
MAK UMI : Jangan marah saya! Imam yang kata macam tu!
TUK WALI : Apa awak jawab?
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Mengapakah Tuk Wali marah apabila Mak Umi menyatakan pesanan Imam dan Siak? 3m
ii. Pada pendapat anda, wajarkah Siak dan Imam melarang pekerjaan Tuk Wali?3m
iii. Nyatakan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan dua latar tempat yang terdapat dalam drama. 3m
SKEMA
1. …kerana Imam dan Siak memintanya agar tidak lagi bersilat di gelanggang dan usianya sepatutnya dihabiskan di masjid….juga tak puas hati kerana perihalnya yang membantu orang kampung yang patah kaki, terkehel, dan histeria tidak pula menjadi teguran imam dan Siak.
2. tudak wajar. .. kerana Tuk Wali sentiasa solat berjemaah di masjid dan tidak pernah lupa menunaikan kewajipannya di masjid….Tuk Wali banyak berjasa kepada penduduk kampung…jasa Tuk Wali harus disanjung tinggi.
3. dalam petikan: beranda rumah Tuk Wali. Cth: Tuk Wali menggantung biola di dinding beranda..
keseluruhan drama: gelanggang silat. Cth: Tuk Wali bersilat di gelanggang di depan rumahnya dan berkelahi dengan Siak di tempat tersebut. …dalam rumah.Cth: Tuk Wali dan Mak Wali bertengkar di dalam rumah itu dan di rumah itu juga Tuk Wali ditikam oleh cucu tirinya,Piee.
Sunday, February 6, 2011
Drama Gelanggang Tuk Wali-soalan 18
Posted by eranis at 6:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment