SOALAN 2
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah tema bagi syair di atas? 2m
ii. Bagaimanakah caranya untuk kita memupuk sifat merendah diri dalam kehidupan? 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah orang yang bijaksana akan sentiasa disenangi oleh orang lain? 4m
SKEMA
i. …martabat dan keistimewaan orang yang bijaksana.
ii. …sentiasa beringat-ingat dan tidak berbangga dengan kelebihan yang dimiliki…kita juga hendaklah sentiasa bertawakal kepada Tuhan dan tidak bersikap sombong.
iii. …kerana mereka sering menghormati orang lain…orang yang bijaksana juga sentiasa menurut perintah syarak …mereka juga menjauhi perkara-perkara yang mungkar … tidak membeza-bezakan taraf hidup mereka dengan sahabat-sahabat yang lain.
Wednesday, February 9, 2011
Syair Definisi Orang Berakal-soalan 2
Posted by eranis at 5:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment