SOALAN 14
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Huraikan maksud rangkap pertama. 2m
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kehidupan bagi orang yang tidak berilmu? 3m
iii. Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. 4m
SKEMA
i. …orang yang pandai sama taraf dengan para ulama dan ahli agama kerana mereka dapat membimbing manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup.
ii. …dipandang rendah oleh masyarakat
…sentiasa hidup dalam kemiskinan dan kesusahan
…ketinggalan zaman kerana serba-serbi tidak tahu
…tidak disukai Allah kerana Allah tidak suka hamba-Nya pemalas
iii. …kita hendaklah membantu orang yang teraniaya untuk menegakkan keadilan
…kita hendaklah berkawan dengan orang yang berbudi pekerti mulia supaya kita tidak terikut-ikut dengan perangai baik mereka
…Kita hendaklah patuh perintah Tuhan supaya mendapat balasan yang baik pada kemudian hari
…Kita hendaklah merendah diri supaya dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja
…Kita hendaklah gigih menuntut ilmu dan pandai memilih bahan bacaan agar dapat digunakan ke arah kebaikan.
Saturday, February 26, 2011
Syair Definisi Orang Berakal -soalan 14
Posted by eranis at 4:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment