BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 1, 2011

Drama Gelanggang Tuk Wali - Soalan 14

Soalan 14

SIAK: Kamu jangan marah atau syak wasangka buruk pulak pada kami ni, Umi! Ini tanggungjawab kami sebenarnya!

MAK UMI: Usahlah berlapis berkias lagi, Siak! Aku ni dah tua, bukan macam dua puluh tahun dulu! Cuba katakan apa ceritanya? Apa halnya yang menghantar kamu ke mari ni?

IMAM: Tuk Wali masih mengajar silat lagi, Umi?

MAK UMI: Mengajar, Kenapa?

SIAK: Mengajar silat untuk orang muda, memang elok, Umi!

MAK UMI: Ada ke yang tak eloknya?

SIAK: Yang tak eloknya, bila dah tua macam kita ni pun masih bersilat juga di gelanggang. Bersepak terajang, kadangkala tu sampai bergumpal-gumpal. Tak manis ditengok orang.

MAK UMI: Maksud Imam, Tuk Wali? Dia dijemput main silat di majlis kahwin tu salah? Mazhab baru ke ni?

SIAK: Dah sebaya kita ni, Umi! Kan elok kalau habiskan masa di masjid ! Beramal!
MAK UMI: Tuk Wali tak pernah tinggal berjemaah Maghrib sampai Isyak, Subuh pun! Semabahyang sunatnya? Tak pernah pulak aku mengiranya entah berapa puluh rakaat satu malam! Di mata aku tak ada apa salahnya?

(Dipetik daripada drama “Gelanggang Tuk Wali”, oleh Ismail Kassan,
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hal.195)





1. Mengapakah Siak dan Imam tidak bersetuju Tuk Wali terus bersilat di gelanggang? 2m

2. Sekiranya anda ada di tempat itu, dan anda menyebelahi Mak Umi, cuba nyatakan kewajaran Tuk Wali terus bergiat dalam persilatan di gelanggang. 3m

3. Jelaskan satu persoalan dalam petikan, dan dua persoalan daripada keseluruhan drama “Tuk Wali”. 3m


SKEMA
1. …kerana mereka merasakan usia Tuk Wali sudah tidak sesuai dengan kegiatan itu…Tuk Wali elok beramal di surau sahaja dan meninggalkan kegiatan itu kerana bersepak terajang dan bergumpal-gumpal tidak elok dipandang.

2. …aktiviti itu ialah kegiatan kesenian Melayu yang perlu dipertahankan. ..Tuk Wali tidak salah kerana dia menggalakkan anak-anak muda meneruskan kegiatannya…supaya orang muda dapat menunjukkan minat yang tinggi terhadap kebudayaan dan tidak melupakan kebudayaan sendiri.

3. dalam petikan: …perbezaan pendapat kelangsungan persilatan di gelanggang…
cth: Siak tidak setuju Tuk Wali bersilat di gelanggang tetapi Mak Umi tetap mempertahankannya.
keseluruhan drama: cemburu. cth: Siak cemburu kerana bekas tunangnya dahulu iaitu Mak Umi memilih Tuk Wali sebagai pasangan hidup….sikap tidak mengenang budi. Cth: Piee anak tiri Tuk Wali mencuri kertas dan biola kepunyaan Tuk Wali.

0 comments: