SOALAN 8
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berdasarkan rangkap kelima, nyatakan sikap seseorang yang dikasihi oleh raja.
3m
ii. Pada pendapat anda. mengapakah kita ditegah mengasihi orang yang jahat? 3m
iii. Berikan tiga nilai murni yang terdapat dalam puisi di atas?
SKEMA
i. …orang itu tidak akan berkelakuan tidak senonoh seperti berjalan sesuka hati…orang itu tidak akan menyombong kepada pekerja…orang itu akan bersikap rendah diri dan mahu terus berkhidmat.
ii. …kerana lambat-laun kita akan terpengaruh untuk bersikap jahat juga…segala perlakuannya bertentangan dengan undang-undang…untuk memastikan kita dapat membantu kerajaan menjaga keamanan negara
iii. kepatuhan…penyair menyarankan kita mengikuti tingkah laku anbia dan aulia…kasih sayang…penyair memeparkan tentang sikap mengasihi para sahabat…rendah diri…penyair menjelaskan perlunya bersikap rendah diri kepada kawan.
Friday, February 25, 2011
Syair Definisi Orang Berakal- soalan 8
Posted by eranis at 5:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment