BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 7, 2011

Drama Gelanggang Tuk Wali-soalan 19

SOALAN 19

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUK WALI : Kalau Si Piee tu datang ke sini, halaukan dia.

MAK UMI : Tersengkang lagi marah awak pada budak tu?

TUK WALI : Budak kata awak? Dah berjanggut, budak apa ke namanya? Dua ribu ringgit yang dicurinya tu duit tambang aku nak ke Makkah, Umi! Berdikit-dikit aku menabung! Senang saja dia mengambilnya, terbuku dalam hati aku ini tau! Eh,awak kata imam datang tadi, apa mahunya?

MAK UMI : Siak pun ada sama! Nasihat! macam yang dia pesan pada Abang Ngah minggu lepas.

TUK WALI : Boleh! Aku boleh duduk di masjid berzikir terus sampai mati! Tapi , orang patah kaki. urat terkehel tu, siapa nak ubatkan? Budak-budak kilang menjerit histeria beramai-ramai siapa nak menolong?

MAK UMI : Yang itu tak pulak disebut! Bersilat dalam majlis kahwin saja! Kurang manis katanya!

TUK WALI :(Menggantung biola di dinding beranda. TUK WALI kelhatan tersinggung dan marah.) Dah lebih setengah abad aku bersilat! Dulu, semua budak muda dalam kampung ini anak murid aku belaka… Zaman darurat dulu! Aku dilantik jadi ketua mengawal kampung! Dua kali bertempur di hutan, berkumpul semua orang lelaki perempuan, datang pada aku belajar silat. Masa itu, apa yang aku buat semuanya, baik! Semuanya manis! Tapi, bila aku dah tua macam ni, tak manis pulak jadinya.

MAK UMI :Kerana dah tualah jadi tak manis tu!

(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)




i. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua sumbangan yang diberikan oleh Tuk Wali kepada masyarakat. 2m

ii. Jelaskan empat usaha yang dapat anda lakukan untuk memelihara khazanah budaya bangsa. 4m

iii. Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas, dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. 3m


















SKEMA

i. …mengubati orang patah kaki / urat terkehel…memulihkan budak-budak kilang yang menjerit histeria.

ii. …menjadikannya sebagai ilmu untuk dipelajari…membimbing generasi baharu untuk menghargai khazanah budaya bangsa…mempromosikan / mengiklankan dalam internet.

iii. dalam petikan:
…cabaran dan kekangan mempertahankan budaya bangsa.cth: Tuk Wali dilarang beraksi di gelanggang persilatan.
keseluruhan drama:
…keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda. Cth : Piee mencuri wang tabungan Tuk Wali.
…penyalahgunaan dadah.Cth: Piee terlibat dengan penagihan dadah menyebabkan Tuk Wali tidak lagi menerima kehadirannya lagi di rumah..

0 comments: