SOALAN 17
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Masuk SIAK bersama-sama IMAM. Mereka terkejut melihat RIPIN memegang keris, dan TUK WALI terbujur kaku. Mereka menyangka RIPIN yang membunuh TUK WALI.
IMAM :Ripin! Apa yang engkau buat ni? Ya, Allah! Engkau bunuh Tuk Wali? Kenapa? (RIPIN masih berlutut sambil menekup mukanya. Dia tidak mempedulikan langsung kata-kata IMAM).
SIAK : Engkau murid terbaik Tuk Wali! Engkau memang layak menerima keris pusaka itu. Tapi, kenapa engkau dapatkan keris itu dengan cara salah? Kenapa mesti membunuh guru engkau sendiri?
RIPIN bangkit berdiri apabila mendengar suara SIAK. Dia memandang wajah SIAK dengan wajah yang bengis dan penuh dendam.
RIPIN : Orang tua jahanam! Engkau dah bunuh Tuk Wali, sekarang datang meracau di sini fasal keris itu? Engkau mau keris ini? (Ketawa) Memang aku akan hadiahkan keris ini kepada engkau orang tua jahanam!
IMAM : Ripin! Apa yang engkau cakap ni? Engkau bagi keris tu kepada aku, Ripin! Keris itu sepatutnya berada di masjid! Selepas kematian Tuk Wali, keris itu mesti kembali semula ke pangkal. Engkau tidak berhak atas keris itu.
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hal. 225 - 227)
i. Terangkan maksud kata meracau dalam petikan di atas. 2m
ii. Pada pendapat anda, mengapakah Imam dan Siak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali? 3m
iii. Nyatakan dua perwatakan Ripin yang terdapat dalam petikan dan dua perwatakan Ripin yang terdapat dalam keseluruhan drama. 4m
SKEMA
i. …bercakap tidak tentu fasal / tidak keruan
ii. …kerana Ripin yang berdiri bersebelahan mayat Tuk Wali…Ripin sedang memegang keris yang berlumuran darah…Ripin yang kononnya sangat memerlukan keris itu untuk menjadi guru silat.
iii. dalam petikan:
bersemangat juang. cth: Ripin berazam mahu menuntut bela atas kematian Tuk Wali…cekap dalam persilatan.cth: Ripin ialah anak murid Tuk Wali yang terbaik
keseluruhan drama:
rendah diri. Cth: Ripin enggan mewarisi Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kerana masih banyak perkara yang belum dipelajari…menghormati orang tua. Cth: Ripin menghormati Tuk Wali yang mahir dalam ilmu persilatan dan pandai bergurau senda dengan Tuk Wali.
Friday, February 4, 2011
Drama Gelanggang Tuk Wali-soalan 17
Posted by eranis at 4:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment