BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 26, 2011

Syair Definisi Orang Berakal - soalan 13

SOALAN 13

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.




Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Jelaskan maksud rangkap tujuh. 2m

ii. Pada pendapat anda, apakah faedahnya mengamalkan nasihat-nasihat yang terdapat dalam puisi di atas? 3m






SKEMA

i. …orang yang pandai tidak bosan menuntut ilmu…mereka juga bijak memilih bahan bacaan

ii. …kita akan menjadi orang yang berilmu dan dihormati dalam masyarakat
…kita disayangi oleh kawan-kawan dan disayangi oleh majikan
…kita akan patuh pada ajaran agama dan menjadi insan yang bertawakal kepada Tuhan.

0 comments: