SOALAN 10
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Nyatakan tiga kebaikan berkawan dengan orang yang berilmu. 3m
ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti melantik seseorang yang berilmu pengetahuan sebagai pemimpin? 3m
SKEMA
i. …akan mengecapi kebahagiaan di dunia…memperoleh kebahagiaan di akhirat…akan membela kita jika dianiaya…dapat mencontohi sikapnya.
ii. …pemimpin itu dapat mengatasi masalah secara bijaksana
…pemimpin itu berkemampuan mengepalai sesebuah organisasi/syarikat/negara
…pemimpin itu akan dihormati oleh semua orang
…pemimpin itu tidak mudah diperdaya oleh orang lain.
Saturday, February 26, 2011
Syair Definisi Orang Berakal -soalan 10
Posted by eranis at 10:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment