BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 3, 2011

Drama Gelanggang Tuk Wali-Soalan 16

SOALAN 16

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUK WALI: Aku yang dijemput, Umi! Silap ke Haji Kodri menjemput aku, atau aku yang silap dengar! Tuan rumah majlis tu mahu aku turun ke gelanggang.

MAK UMI: Awak tolaklah dengan baik, mereka tentu akan faham!

TUK WALI: Engkau mahu aku duduk saja tepi gelanggang? Tak mampu aku jadi penonton,Umi! Lebih setengah abad aku yang ditonton! Kaki dan tangan aku ni akan bergerak sendiri,Umi! Sakit dada aku kalau terus menahan kaki dan tangan ini bersilat. Tak terdaya aku mengawalnya, Umi.

MAK UMI: Bukan ke awak sendiri yang berkata! Raja dalam diri ialah hati, raja itu mesti putih warnanya. Raja itu kalau berpakaian iman, hasil perintahnya akan aman. Tapi, kalau sang raja memakai amarah nafsunya maknanya iblis yang memerintah.

TUK WALI: Jadi, aku ini?...

MAK UMI: (Memotong dialog Tuk Wali) Ha, janganlah menyaring songsang pulak! Kalau songsang awak menyaring… songsanglah hasilnya. (MAK UMI membawa bekas tepak sirih lain masuk ke dalam rumah.)

(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hal. 201)

i. Bagaimanakah keadaan Tuk Wali apabila mendengar gong dan gendang berbunyi? 3m

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk menyemai semula minat mempelajari ilmu persilatan dalam kalangan generasi muda. 3m

iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan yang terdapat dalam keseluruhan drama. 3m




SKEMA

i. sangat gelisah kerana tidak mahu menjadi penonton sebaliknya mahu ditonton… kaki dan tangannya akan bergerak sendiri…dadanya akan sakit kerana menahan kaki dan tangannya daripada bersilat.

ii. …mewajibkan pelajar mempelajari ilmu pertahanan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah…kementerian kebudayaan membayar gaji yang tinggi kepada guru silat yang mengajar para belia…mengadakan persembahan persilatan kepada masyarakat umum…

iii. dalam petikan: perubahan zaman menyebabkan nilai-nilai budaya dilupakan. Cth: Tuk Wali tidak dihormati lagi sebagai guru silat dan terdapat segelintir pemuda yang enggan belajar silat.
keseluruhan drama: keruntuhan akhlak. Cth: kelakuan empat orang pemuda yang menyanyi dan menari di halaman rumah Tuk Wali kerana mereka tidak tahu adab berada di rumah orang…Perasaan dendam menguasai diri. cth: Siak menghasut orang-orang masjid memulaukan Tuk Wali mengahwini bekas tunangnya, Mak Umi.

0 comments: