BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 25, 2011

Syair Definisi Orang Berakal-soalan 9

SOALAN 9

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.




Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)kap

i. Berdasarkan rangkap kelima,keenam, dan ketujuh, nyatakan nilai yang boleh diteladani. 3m

ii. Pada pendapat anda, mengapakah tindakan yang kita lakukan perlu menggunakan akal? 3m

iii. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. 3m




SKEMA

i. …bersikap merendah diri…cth: raja tidak bersikap sombong terhadap orang bawahannya atau pekerjanya…pandai menyesuaikan diri…cth: raja pandai menambat hati rakan…rajin…cth: raja banyak membaca buku sambil membuat kupasan.

ii. …untuk mengelakkan musibah yang tidak diingini berlaku…kerja-kerja yang dilakukan lebih cepat dan berkualiti…kerja yang dilakukan akan mendapat pujian dan kebanggaan orang yang menyuruhnya.

iii. kita harus membetulkan kesalahan yang dilihat… cthnya: apabila kesalahan itu berlaku di hadapan mata, lebih-lebih lagi jika kita sebagai seorang ketua.
Kita perlu mematuhi hukum syarak…cth: kita tidak boleh sama sekali melanggar hukum syarak kerana perbuatan itu berdosa…
Kita hendaklah sentiasa membaca…. cth: penyair menekankan membaca boleh memberikan ilmu pengetahuan kepada kita dan banyak permasalahan dapat diselesaikan

0 comments: