BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 26, 2011

Syair Definisi Orang Berakal -soalan 12

SOALAN 12

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.




Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Nyatakan tiga sifat orang yang berakal. 3m

ii. Pada pendapat anda, mengapakah orang yang berakal akan sentiasa disanjung tinggi? 3m

iii. Jelaskan nilai murni yang terdapat dalam syair ini. 3m





SKEMA

i. …menentang kekejaman
…dapat menyelesaikan masalah yang banyak
…sentiasa mematuhi perintah Tuhan

ii. …kerana bakat dan kebolehan mereka tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun.
…kerana mereka menjadi tempat rujukan bagi seseorang yang mempunyai masalah
…kerana mereka boleh dijadikan contoh yang terbaik

iii. …bijaksana…penting untuk menyelesaikan masalah
…kasih sayang…penting bagi mereka yang berakal
…rajin…sentiasa rajin menuntut ilmu

0 comments: