SOALAN 20
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? (Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda)
TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!
RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah,wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.
TUK WALI: Kalau ikut petua,ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi.Bila aku cakap fasal pantang-larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan…dah hilang rasa hormat mereka pada alam!
RIPIN: Petua yang mana,wak?
TUK WALI: Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas. Kalau belum mengenal, berkenal dulu.
RIPIN: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!
TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak.(Kesal) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung.(marah) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi,rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 190)
i. Apakah petua-petua yang dikatakan oleh Tuk Wali? 3m
ii. Pada pandangan anda, mengapakah Tuk Wali sangat mementingkan penjagaan hutan? 3m
iii. Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam drama ini. 3m
SKEMA
i. …pokok yang sedang berbunga atau berbuah tidak boleh ditebang…pokok yang lebih kecil daripada jari hantu tidak boleh disentuh…seseorang yang tidak pasti, tidak boleh mencantas pokok-pokok .
ii. …kerana tanaman herba yang terdapat di hutan akan semakin pupus jika tidak dijaga…dia juga risau kerana orang yang hendak menebang pokok agak banyak, tetapi orang yang hendak menanam pokok itu semula tidak ada…kerana mahu anak cucunya mengenal semua pokok yang ada di hutan, terutamanya pokok herba.
iii. Hormat…cth: Ripin sentiasa menghormati Tuk Wali dan Mak Umi sebagai orang yang lebih tua.
menghargai…cth: Tuk Wali sangat cinta akan alam sekitar.
taat…cth: Anak murid Tuk Wali sangat taat kepada Tuk Wali.
Monday, February 7, 2011
Drama GelanggangTuk Wali: Soalan 20
Posted by eranis at 5:56 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment